Pada kejadian kira-kira pukul 10.51 malam tadi, empat beranak yang dikenali sebagai Mohd. Firdaus Januri, 33; Norlia Osman, 32; Mohd. Adli Mohd. Firdaus, 5; dan Nur Dalili Mohd. Firdaus; 4, maut di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah treler yang datang dari arah hadapan.

Sementara, pemandu treler yang tidak cedera, direman untuk siasatan lanjut manakala seorang  lagi pemandu kereta lain hanya cedera ringan.

Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Sementara itu, jenazah empat beranak itu tiba di Kampung Bentong Dalam pada pukul 1.20 petang sebelum disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Bentong Dalam oleh anggota keluarga dan sahabat handai sebelum dikebumikan. - Bernama