Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu, pemandu MPV terbabit, Nizam Othman, 51, isterinya, Nur Fazlin Jamalludin, 37, serta dua mereka, Nor Naqia, 7 dan Mohd. Niaz, dua tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anak lelaki mangsa, Mohd. Naqib, 9, dan pemandu treler terselamat dan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Labis menuju ke arah Segamat manakala treler yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan melanggar bahagian hadapan MPV yang dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, empat daripada lima sekeluarga itu termasuk seorang kanak-kanak perempuan dua tahun maut di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raub berkata, salah seorang anak mangsa terselamat dan mengalami kecederaan selepas tercampak keluar daripada kenderaan ketika kemalangan.

Katanya, mangsa yang cedera dan mayat dihantar ke Hospital Segamat di sini untuk tindakan lanjut selain pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE