Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Ibrahim Mohd Abdul berkata, kejadian berlaku pada 1.15 tengah hari ketika kereta peronda polis (MPV) mengiringi sebuah trak polis membawa 26 banduan dalam perjalanan dari arah Mahkamah Seremban ke Lokap Balai Polis Sikamat.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kedua-dua kenderaan bergerak terus sambil membunyikan siren dan lampu pandu arah, namun tiba-tiba sebuah kereta awam keluar dari simpang kiri menyebabkan MPV tersebut menekan brek secara mengejut.

"Akibat itu, lori polis yang berada di belakang turut menekan brek secara mengejut  bagaimanapun telah melanggar bahagian belakang MPV pengiring menyebabkan MPV itu terbabas ke kanan bahu jalan manakala lori polis  tadi  terbabas ke kiri bahu jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Katanya, kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan kes disiasat mengikut  Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama