Empat individu itu terdiri daripada Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Bolkiah Ismail (Pitas), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut).

Turut kelihatan ialah bekas Penyandang Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang digantung keahlian UMNO sejak tahun 2015.

Difahamkan, kehadiran mereka adalah untuk mengadakan pertemuan tertutup bersama Mohd. Shafie dipercayai bagi menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Bagaimanapun, Mohd. Shafie enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran lima wakil BN berkenaan dan meminta pihak media menunggu pengesahan pada sidang akhbar yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. - K! ONLINE