Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka menghadiri majlis itu, yang dianjur dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Mahathir dan Sheikh Tamim akan memberi penghormatan kepada pemenang empat anugerah iaitu Pencapaian Cemerlang/Sepanjang Hayat; Inovasi; Penglibatan dan Kreativiti Belia serta Pendidikan dan Penyelidikan Akademik.

Sheikh Tamim juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Mahathir pada Khamis, yang bertujuan mempromosi hubungan dua hala.

Mereka dijangka membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. - K! ONLINE