Menurut laporan sebuah portal, Elfira dan jejaka yang bernama Faris merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk itu selamat melangsungkan pertunangan sekitar pukul 9 pagi.

Majlis tersebut dilaporkan diadakan di kediaman keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Difahamkan, Elfira dan Faris yang berusia 27 tahun mula berkenalan pada Ramadan lalu.

Sebelum ini, Elfira dan Sufian pernah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini.

Namun, jodoh tidak kesampaian apabila mereka sah memutuskan pertunangan pada 18 Februari lalu. - K! ONLINE