Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan membawa semula permintaan itu kepada Perdana Menteri.

"Saya yakin ia dapat dilaksanakan namun memerlukan sedikit masa. Saya berharap anggota bomba seluruh negara dapat bersabar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Perdana Aidilfitri anjuran Gabungan NGO Penggerak Dasar Komuniti Negara KPKT di Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari.

Majlis itu turut dihadiri anggota Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka Ginie Lim Siew Lin dan Pengarah JBPM Negeri Mohammad Zin Salleh.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, pemberian elaun kritikal itu dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 anggota bomba dan penyelamat di seluruh negara. - Bernama