Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan pindaan itu perlu disokong semua pihak kerana ia membolehkan PBS didaftarkan terus menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekali gus memudahkan pengurusan dan penyaluran bantuan dan elaun.

"Kini tiba masanya untuk anggota PBS menikmati elaun khas dan faedah lain sebagaimana yang diterima anggota sukarelawan lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota RELA menikmati elaun latihan dan bertugas sekurang-kurangnya RM6 sejam selain caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.

Buat masa ini, PBS didaftarkan bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). - Bernama