Sebaliknya, orang ramai perlu menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham dan pihak kementerian merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham berhubung insiden berkenaan.

"Allahyarham, yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, A.R Badul (Armaya Aman Ramlie) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada 9.20 pagi ini. 

"Saya berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pegawai tentera dari Grup Gerak Khas itu dikenali sebagai Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, meninggal dunia dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik berkenaan. - Bernama