Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, penarikan diri Annuar itu menyaksikan saingan tiga penjuru untuk jawatan tersebut.

Menurutnya, tiga calon yang sah bertanding ialah Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Ab. Aziz dan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Timbalan Presiden pula menyaksikan saingan tiga penjuru antara Muhammad Yusri Ismail, Datuk Seri Affandi Hamzah dan Datuk Sri Mohd. Zumridi Tambi.

"Pertembungan sengit dilihat turut berlaku untuk jawatan Naib Presiden apabila enam calon menawarkan diri," katanya ketika dihubungi.

Affandi memberitahu, enam tokoh itu ialah Datuk Shaari Mat Hussain; Datuk Rowi Dollah; Profesor Dr. Zaliman Sauli; Hassan Hasbullah; Effendy Yahya dan Mohammad Affiq Kamaruzaman.

Katanya, ahli jawatankuasa eksekutif menyaksikan perebutan paling sengit apabila 27 calon menawarkan diri.

EGM KAFA diadakan selepas Exco sebulat suara bersetuju menerima memorandum desakan dari Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ). - K! ONLINE