Beliau berkata, peningkatan jumlah peratusan itu akan memberi peluang kepada kontraktor dan pekerja-pekerja Malaysia untuk turut sama terlibat dalam projek yang besar.

"Peningkatan ini meluaskan penglibatan pekerja negara ini yang menunjukkan kerajaan serius berunding semula dengan pihak China bagi memastikan kepentingan Malaysia diutamakan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembabitan Malaysia dalam kerja-kerja awam projek ECRL ditingkatkan kepada 40 peratus berbanding 30 peratus susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dan CCCC dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) pada 12 April.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, projek ECRL perlu diteruskan kerana sekiranya dibatalkan kerajaan terpaksa membayar pampasan. - Bernama