Pengerusi EAIC Datuk A. Aziz A Rahim dalam kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu telah mengambil keterangan yang sewajarnya serta dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan dapatan kes akan diumumkan setelah selesai.

"Sekiranya terdapat syor-syor berkaitan, ia akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa tatatertib Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja  Malaysia untuk penambahbaikan selanjutnya," katanya.

A. Aziz menegaskan setiap siasatan yang dijalankan EAIC adalah bebas, telus dan profesional berdasarkan kuasa penyiasatan yang diperuntukkan menerusi Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berumur 39 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 ditemukan meninggal dunia oleh dua anggota polis bertugas dalam keadaan tergantung di dalam lokap. - Bernama