Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengiktirafan nilai dengan lebih baik lagi dan kedinamikan segmen ini dalam pasaran saham.

"Syarikat permodalan sederhana dan kecil menyumbang lebih satu pertiga daripada syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan permodalan pasaran berjumlah sebanyak RM217 bilion.

"Ini merupakan segmen paling penting dalam pasaran saham kita yang akan membuka laluan bagi syarikat besar, lebih banyak aktiviti korporat dan nilai pelaburan yang lebih besar bagi pelabur," katanya dalam ucap tama beliau pada majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 yang berlangsung selama dua hari. - Bernama