Ketika berucap pada sidang akhbar bersama di sini pada Khamis, Duterte berkata, antara isu-isu itu ialah komitmen kedua-dua negara, dua daripada pemacu pertumbuhan Asia, untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala bagi mengekalkan kemajuan dan kemakmuran.

"Menyedari sinergi dan dinamisme sektor swasta kami, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk meningkatkan lagi perdagangan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur.
Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas sokongan teguh Malaysia untuk program

"Build Build Build". Ini termasuk peranan aktif syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan metropolis Clark Green City yang mampan dan pintar, " katanya.

Menurut Duterte, beliau juga gembira berkongsi dengan Perdana Menteri mengenai kemajuan besar yang telah dicapai oleh Filipina ke arah mewujudkan keamanan yang saksama lagi berkekalan di Mindanao. - Bernama