Tertuduh, Mohd. Fakhrul Bazlie Mohamed Apandi, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Beris Kubur Besar, Bachok  dekat sini antara bulan Mac hingga Oktober lalu.

Dia turut didakwa merogol mangsa sama di lokasi sama pada pukul 1.30 petang, 20 November lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - K! ONLINE