Bayi lelaki seberat 3.8 kilogram itu dilahirkan pada pukul 11.01 pagi (waktu tempatan), demikian menurut pengumuman Istana Kensington.

“Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan baik, manakala William yang memakai gelaran Duke of Cambridge hadir semasa isterinya Duchess of Cambridge bersalin,” kata pihak istana.

Bayi tersebut merupakan anak ketiga mereka selepas Putera George, 4, dan adik perempuannya yang berumur dua tahun, Puteri Charlotte.

Terdahulu, Duchess of Cambridge, 36, dimasukkan Catherine, 36, dimasukkan ke Hospital St. Mary’s di tengah London, di mana George dan adik perempuannya dilahirkan selepas menunjukkan tanda hendak bersalin.

Menurut Istana Kensington, beliau ditemani William, manakala jarak hospital berkenaan kurang 2 kilometer dari istana tersebut.

“Duchess of Cambridge dimasukkan untuk satu malam di Lindo Wing yang berharga £7,500 (RM40,785) termasuk pakej bersalin dan suite dua bilik tidak termasuk bayaran pakar perubatan,” kata Istana Kensington dalam kenyataan sama. 

Bayi itu merupakan cucu keenam Ratu Elizabeth II yang berusia 92 tahun.

Dalam pada itu, agensi-agensi pertaruhan menerima nama popular Arthur, Albert, Frederick, James dan Philip untuk bayi lelaki tersebut. - AFP