Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa Ahmed Abu Hussein, 25, meninggal dunia selepas menerima rawatan di Israel dan Hospital Sheba dekat Baitulmuqaddis.

Saudara Ahmed, Diaa memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka sedang melakukan persiapan untuk membawa pulang jenazah lelaki itu untuk pengebumian.

Ahmed bertugas untuk Radio Shaab, sebuah stesen radio yang diketahui umum rapat dengan sayap kiri Parti Pembebasan Popular Palestin dan juga sebagai jurugambar untuk agensi berita tempatan.

Keluarganya berkata, jenazah mangsa dijangka sampai dari Israel lewat petang semalam manakala urusan pengebumian akan dilakukan hari ini.

Ahmed ditembak pada bahagian perut ketika membuat liputan protes berhampiran Jabalia di utara Gaza pada 13 April lalu, kata kementerian tersebut. - AFP