Daripada jumlah itu, kesemua tujuh yang ditahan adalah penduduk tempatan manakala seorang warga Indonesia berumur antara 41 hingga 68 tahun. 

Op Ekor itu melibatkan premis di Taman Cheng Baru, Taman Cheng Permai, Taman Teknologi Cheng, Taman Dato Tamby Chik, Taman Merdeka, Bukit Baru, Taman Cergas dan Taman Tunggal di Alor Gajah. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, dalam operasi selama tiga jam berakhir pukul 2 petang itu, mereka yang dicekup merupakan pelanggan tetap di kedai-kedai nombor ekor yang terlibat. 

"Op Ekor dijalankan selepas JAIM menerima aduan daripada orang ramai mengenai tindakan segelintir umat Islam yang dilihat sering membeli nombor ekor. 

"Dalam serbuan itu, lapan individu berjaya dicekup ketika leka membeli nombor dengan dua daripada mereka adalah warga emas masing-masing berumur 60 dan 68 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, kesemua mereka diberikan notis hadir ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi. - K! ONLINE