Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chikonso Ansalem Okoli, 29, dan Desmond Owusu, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Chikonso dan Desmond masing-masing merupakan pembantu restoran di Nilai dan penuntut sebuah kolej di Ipoh, Perak. 

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah methampetamine dengan berat bersih 2,083 gram di tempat letak kereta, Jalan 1/7D, Dataran Nilai, Putra Nilai di Nilai dekat sini pada pukul 11.05 pagi, 15 Mac 2016. 

Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2), akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit bersalah. 

Seramai 16 saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Chikanso dan Desmond masing-masing diwakili peguam lantikan mahkamah, Abdul Aziz Hamzah dan peguam Datuk Hanif Hassan. - K! ONLINE