Kebakaran yang bermula pada pukul 6.15 petang itu telah menyebabkan sebahagian besar persekitaran kawasan kilang penapisan minyak mentah tersebut telah diselubungi asap tebal dan hitam.

Menurut sumber, sewaktu kejadian, kedua-dua tangki yang terbakar terbabit mengandungi 40,000 liter minyak mentah.

Difahamkan kapasiti sebenar tangki besar terbabit mampu mengisi 300,000 liter minyak mentah pada satu-satu masa.

Beliau berkata, dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kerteh dekat sini sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran.

"Kerja-kerja pemadaman turut dibantu pasukan bomba sukarela yang terdiri daripada pekerja-pekerja kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong terbabit.

"Selain memadam api kebakaran sepenuhnya, misi pasukan bomba terbabit buat masa ini ialah untuk mengawalnya daripada merebak ke tangki-tangki minyak mentah berhampiran," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sumber tersebut berkata, pasukan bomba bertugas sedang berdepan dengan cabaran tiupan angin kuat yang menyebabkan api kebakaran menjadi marak.

Setakat pukul 9.30 malam, kerja-kerja pemadaman api kebakaran di dua tangki minyak itu masih berjalan. - K! ONLINE