Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kedua-dua individu berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan serentak di pontun terbabit di Kuala Selangor dan direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

"Setakat ini lebih daripada 10 keterangan telah direkodkan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

"Polis juga sedang bekerjasama dengan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan selanjutnya," katanya pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar dan Latihan Ancaman Keganasan 2019 di sini hari ini.

Menurut Noor Azam, pihaknya juga menolak kemungkinan terdapatnya elemen gangsterisme berhubung kejadian tersebut.

"Tidak timbul isu elemen gangsterisme kerana kawasan ini mempunyai tiga jalan ke sana di mana salah satunya dikawal oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya. - K! ONLINE