Dua sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih.

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, keputusan tersebut diambil hasil mesyuarat khas jawatankuasa bantuan bencana tumpahan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

“Berdasarkan maklum balas pelbagai jabatan dan agensi adalah disyorkan SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih ditutup esok. Sekolah dijangka akan dibuka pada Isnin ini.

“Makluman telah disampaikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan dua sekolah terlibat iaitu SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih Pasir, Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azman memberitahu, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi terlibat, ibu bapa dan seluruh masyarakat yang telah membantu menangani isu bencana yang melibatkan dua sekolah ini. - K! ONLINE.