Difahamkan, mangsa berusia 12 dan 23 tahun tersebut disyaki lemas selepas bermandi-manda di muara sungai terbabit lebih kurang pukul 6.15 petang.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.23 petang.

"Setibanya di sana, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan pasukan bomba bertugas segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR tertumpu pada permukaan meliputi 500 meter di sekitar kawasan muara sungai," katanya hari ini.

Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa dihentikan buat sementara waktu memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. 

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa," jelasnya. - K! ONLINE