Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penempatan banjir di Sekolah Agama Labuh Banting dan Dewan Orang Ramai Lubuk Meriam ditutup pada pukul 9 pagi.

"Di daerah SPU, hanya tinggal pusat pemindahan Desa Puri yang masih dibuka yang menempatkan lima orang mangsa termasuk seorang warga emas," katanya di sini hari ini.

Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang awal pagi Selasa lalu mengakibatkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat dengan lebih 90 buah rumah dinaiki air.

Hujan lebat dan ribut itu turut menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan selain 13 jalan turut dinaiki air. - Bernama