Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hasan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada 12.36 tengah hari tadi.

"Mereka dipercayai mandi di tingkat satu air terjun pada pagi ini sebelum bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.15 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Taman Tas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, identiti mangsa masih tidak diketahui.

Anuar berkata, jenazah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk bedah siasat. - Bernama