Menurut sumber, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Labu dekat sini sebelum menemui sebuah kereta Honda City yang mencurigakan.

Kata sumber lagi, polis cuba memintas dan mengarahkan suspek memberhentikan kereta namun, pemandunya memecut laju kenderaan.

“Sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan mengejar kereta terbabit sejauh dua kilometer sebelum berakhir di  Persiaran Ainsdale Selatan.

“Seorang lelaki bertindak keluar dari kereta itu dan melepaskan tembakan ke arah polis manakala seorang lagi lelaki melibas sebilah parang," katanya.

Tambah sumber itu, polis terpaksa mempertahankan diri dan melepaskan tembakan balas ke atas kedua-dua penjenayah terbabit.

 "Kedua-dua lelaki terbabit maut ditembak. Pemeriksaan ke atas mereka tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri," ujarnya. - K! ONLINE