Dalam kejadian kira-kira pukul 5.11 pagi itu, 18 lagi pekerja kilang mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata akibat terhidu gas amonia berkenaan.

Difahamkan ini kejadian kedua membabitkan kilang tersebut yang terletak di Seksyen 36 di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.11 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Katanya, dua mangsa yang maut dipercayai akibat terhidu gas amonia meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan.

"Operasi masih dijalankan dan kita ambil tindakan untuk kurangkan atau neutralkan bacaan gas ammonia.

"Bacaan di dalam kilang telah berkurangan kepada 250 daripada 550 bacaan awal manakala di luar kilang dan kawasan sekitar bacaan adalah normal," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Azmel memberitahu, kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan lima yang cedera ke hospital sama bagi menerima rawatan sementara yang lain di bawa ke Hospital Shah Alam (6), Hospital Banting (4) dan Hospital Sungai Buloh (3). - K! ONLINE