Selain itu, turut direman bagi tempoh tersebut ialah penasihat syarikat pembekalan sama berpangkat Datuk.

Majistret Putrajaya, Shah Wira Abd. Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek sehingga 29 April depan.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada pukul 9.20 pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurut sumber, CEO yang berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, penasihat syarikat yang berusia 55 tahun itu pula ditahan pada pukul 11.30 pagi di Dutamas Raya, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua individu tersebut telah bersubahat untuk membayar wang suapan kepada penguat kuasa dari sebuah kementerian.

“Ia sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat mereka yang 
menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE