Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu melibatkan lapan mangsa dari sebuah van Toyota Lite Ace; lima mangsa yang menaiki Proton Saga FLX dan seorang pemandu Proton Saga BLM.

Dalam kejadian itu, dua mangsa yang juga penumpang Toyota Lite Ace mengalami cedera parah akibat tersepit dalam kemalangan tersebut.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, seramai tujuh anggota yang diketuai Ketua Operasi, Ahmady Wahad segera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.21 petang.

"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiga kenderaan bertembung sehingga mengakibatkan 14 mangsa mengalami kecederaan.

"Hanya dua mangsa di dalam van yang mengalami cedera parah berjaya dikeluarkan. Kesemua mangsa lain dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan lanjut," katanya.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membantu kesemua mangsa sehingga operasi tamat. - K! ONLINE