Menara pertama yang tumbang adalah setinggi 3 meter dan terletak di pintu masuk utama. Satu lagi menara kecil di pintu masuk arah selatan monumen itu turut disahkan rosak. 

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku pada struktur bangunan utama Taj Mahal, menurut pihak berkuasa tempatan.

Seorang wakil daripada agensi Archaeological Survey of India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu sebagai kecil dan akan dibaik pulih oleh satu kumpulan pakar.

Beliau menyatakan angin ribut pada malam Rabu lalu mencapai kelajuan 130 kilometer sejam.

Taj Mahal yang dibina oleh Pemerintah Mogul, Shah Jahah pada abad ke-17 menerima kunjungan seramai tujuh hingga lapan juta pengunjung setiap tahun. - AP