Dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, dua mangsa yang maut ialah Maslan Hassan, 55, yang berada di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian serta anaknya, Nur Fashiera  Mohammad Rusdi, 25, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

Dua lagi anaknya, Muhammad Faiziel, 27, yang memandu kenderaan terbabit cedera parah dan seorang lagi anak perempuannya yang berada di tempat duduk belakang, Nur Farrah Ezlyn, 22, patah tangan kiri.

Keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Damansara, Kuala Lumpur untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Rekang Hilir, Jelawat, Bachok dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan terbabit dari arah Gua Musang ke Kuala Krai telah hilang kawalan ketika sampai di tempat kejadian.

“Kereta itu terbabas ke cerun jalan sebelah kanan sebelum melanggar tiang elektrik. Dua mangsa yang tercampak keluar kenderaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Manakala pemandu dan adiknya yang cedera mendapat rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE