Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibut oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN, Datuk Amar Dougkas Uggah Embbas.

"Memandangkan Kampung Mapu Kijabu berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak sebelum ini, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-32 dan ke-33 wabak tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies ialah 33 kawasan dari lima bahagian iaitu Kuching (lima), Samarahan (tiga), Serian (22), Sri Aman (satu), dan Sarikei (dua). - Bernama