Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, kedua-dua mangsa  dipercayai menceroboh laluan Komuter sebagai jalan pintas untuk ke kawasan berhampiran.

"Ketika kejadian, tren Komuter itu membawa 30 penumpang dalam perjalanan ke Stesen Kepong dari Stesen Sungai Buloh.

"Pemandu bertindak memberhentikan tren Komuter selepas ternampak kelibat mangsa yang terpelanting pada bahu landasan," katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak polis telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang di sini untuk dibedah siasat.

"Pihak KTMB telah menyediakan tren Komuter gantian bagi membolehkan semua penumpang menyambung perjalanan mereka ke destinasi masing-masing," katanya. - K! ONLINE