Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai berketurunan India Muslim itu ditemui sepasukan polis dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di seluruh anggota badan kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Dalam kejadian itu, polis turut menahan dua lelaki warga asing dipercayai suspek dalam kes tersebut selepas kurang setengah jam penemuan mayat kedua-dua mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian berlaku lalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai motif sebenar kejadian berlaku.

"Kes ini dianggap selesai selepas pihak kita berjaya menahan dua suspek lelaki warga asing selepas kurang setengah jam penemuan mayat kedua-dua mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan memberitahu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. - K! ONLINE