Mangsa Mohd. Khairul Siwwes, 21 dan rakannya, Hafizam Abdawah 21, dikatakan belum pulang ke kediaman masing-masing selepas dikhuatiri hilang di hutan terbabit.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.20 malam.

"Sebaik tiba di sana, pasukan bomba dengan kerjasama 15 anggota Ranjer Hutan Simpan Taman Bukit Tawau bertindak menjalankan operasi SAR di sekitar kawasan hutan.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada pukul 4.53 pagi," katanya hari ini.

Tambah beliau, operasi SAR seterusnya disambung semula pada pukul 6:30 pagi tadi. - K! ONLINE