Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an tahun itu ditahan di Yong Peng pada pukul 1.30 petang tadi.

"Polis percaya kedua-dua mereka serta mangsa saling mengenali.

“Penahanan suspek terbabit boleh membantu siasatan kes mangsa yang maut selepas ditikam dengan senjata tajam di dada hingga menembusi jantung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang tukang masak maut apabila penjenayah yang meragut beg tangannya menikam dadanya menggunakan senjata tajam di Jalan Sutera 7, Taman Sutera Yong Peng di sini.

Dalam kejadian pukul 1.25 pagi itu, mangsa, Tan Chi Ann, 47, dikatakan sempat berjalan untuk meminta pertolongan selepas dadanya berlumuran darah namun dia rebah kira-kira 50 meter dari tempat diragut. - K! ONLINE

Suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian dipercayai lebih dua orang yang bertindak agresif terhadap mangsa sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal. - K! ONLINE