Dalam serbuan pada pukul 1 tengah hari itu, beberapa pulut panggang yang masih panas, air mineral dan rokok dijumpai di atas bangku yang diduduki oleh dua lelaki berusia 67 dan 48 tahun tersebut.

Ketua Unit Penguatkuasa JHEAT, Rizuwan Fauzai berkata, serbuan dilakukan di kawasan rehat yang terletak di tengah-tengah kawasan perkuburan Cina terbabit setelah menerima aduan orang ramai.

"Sewaktu serbuan dilakukan, terdapat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan rehat berkenaan.

"Salah seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri daripada kepungan penguat kuasa JHEAT lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE