Tertuduh, Ang Boon Leong, 41, dan Lim Sin Chye, 46, mengaku bersalah di hadapan hakim, Datuk Seri Mariana Yahya selepas pertuduhan pilihan dibacakan ke atas mereka dalam bahasa Cina.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada 26 Disember 2015, kira-kira pukul 5.55 petang di Kawasan Tempat Letak Kereta, Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini dalam mencapai niat bersama melakukan abduksi terhadap Chin Yoke Choon, 55, dengan niat mengurungnya dengan salah serta rahsia.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan pendakwaraya, Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Muhamad Asyraf Md. Kamal manakala tertuduh diwakili peguam S. Parameswaran. - K! ONLINE