Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, setakat pukul 3 petang tadi, bacaan IPU di Seberang Jaya ialah 120 manakala Perai 109.

"Bacaan IPU di Minden dan Balik Pulau pula adalah pada tahap sederhana iaitu 96 (Minden) dan 93 (Balik Pulau). Keadaan jerebu yang dialami di negeri Pulau Pinang sekarang berpunca dari pencemaran jerebu yang merentasi sempadan dari Kalimantan dan Sumatera, Indonesia berikutan angin Monsun Barat Daya yang bertiup ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

"Rakyat Pulau Pinang boleh melayari laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, berikutan keadaan berjerebu yang dialami, orang ramai di negeri ini dinasihat mengurangkan aktiviti luar buat sementara dan memakai penutup mulut semasa berada di luar bangunan. - Bernama