Difahamkan, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir, 8, dan Nur Anisa Najwa Mohd Zaki, 10, ditemui penduduk kampung dengan salah seorang daripada mereka terapung di parit berkenaan. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian. 

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan dua mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat. - K! ONLINE