Direkodkan setakat pukul 8 pagi ini, PPS Sekolah Kebangsaan Teritipan menempatkan seramai 101 mangsa daripada 27 keluarga.

Sementara itu,16 mangsa daripada enam keluarga pula berada di PPS Bangunan Rukun Tetangga Salimandut dekat sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah, Kol.  (PA) Kamal Mokhtar berkata, hujan gerimis yang berterusan sejak pukul 5 petang semalam telah menyebabkan dua buah kampung dinaiki air.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Beliajung dan Kampung Salimandut.

"Sehubungan itu, pihak APM segera bertindak memindahkan penduduk kampung yang terjejas kerana banjir.

"Dua buah PPS juga dibuka bagi menempatkan mangsa untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih," katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan jalan-jalan utama di kawasan terbabit masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. - K! ONLINE