Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Ir. Atemin Sulong berkata, kapasiti pengeluaran air di kedua-dua daerah itu ialah 180 juta padu  sehari sedangkan  ketika  musim  perayaaan itu nanti pengunaan dijangka meningkat kepada 240 juta padu sehari.

"Ini menyebabkan ada kawasan yang mengalami tekanan air yang rendah dan ada pula kawasan yang terputus bekalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 17,500 penduduk terjejas ialah di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala 4,800 penduduk lagi ialah mereka yang berada di sekitar daerah Kuala Nerus.

Antara kawasan yang terlibat ialah di Kampung Bukit, Kampung Surau Haji Daud, Kampung Surau Panjang , Kampung Tok Dir, Kampung Tok Pong, Kampung Tok Peh, Kampung Surau Haji Yaakob, Kampung Chendering, Kuala Ibai, Tok Adis, Padang Negara,

Kampung Mengabang Tengah, Kampung Gong Tok Nasek, Kampung Pak Maseh, Kampung Nibong dan Perumahan Permint Jaya. - Bernama