Difahamkan, pokok sebesar dua pemeluk itu tumbang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi sebelum menghempap dua individu berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Sebaik tiba kita dapati, dua mangsa yang merupakan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal cedera akibat kejadian tersebut.

“Selain itu, sebuah kereta juga dihempap namun, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya lagi, pihak polis masih berada di lokasi kejadian dan maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa. - K! ONLINE