Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, dan adiknya, Muhammad Hafizul Iman yang berusia 10 tahun difahamkan keluar ke lokasi kejadian bersama dua lagi rakan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7 malam dan lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa pertama iaitu Amirul Mukminin ditemui kira-kira pukul 6 petang oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat kemudiannya menemui mangsa kedua pula kira-kira 8.40 malam," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Tambahnya, dua lagi rakan mereka, Ahmad Adam Naufal Ahmad Yamizi, 11, dan mohamad Lokman Hakim Suhamizan, 11, berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Menurutnya lagi, mayat kedua beradik dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian. - K! ONLINE