Jenazah Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz, 1, selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad kira-kira pukul 7.20 malam ini.

Terdahulu, jenazah dua kanak-kanak tersebut dibawa pulang ke rumah ibu saudaranya sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam.

Ibu bapa mangsa, Idris Saad, 47, dan Noorhasyelawati Yusoff, 37, serta anak sulung mereka, Mohammad Hakim, 7, bersama lebih 200 orang hadir pada majlis pengebumian berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam semalam, Nurul Hanim Idris dan Mohammad Hafiz, 1, maut akibat ditetak dan dikelar seorang lelaki yang menerjah masuk ke dalam rumah mereka. - K! ONLINE