Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Samarahan, Azman Julaihi berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Mohd. Haziq Nur Aiman, 15, dan Mohd. Hazim Nur Aiman, 13, lemas, manakala bapanya dikenali Peni Muhi, 30-an terselamat.

"Perahu dinaiki mereka terbalik akibat ditiup angin kuat sebelum karam di sungai tersebut.

"Arus deras dan keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan dua beradik malang itu tenggelam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bomba yang menerima panggilan pukul 1.09 petang terus ke lokasi kejadian bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Katanya, mayat Mohd. Haziq dijumpai pukul 2.45 petang, manakala mayat adiknya dijumpai 15 minit kemudian.

"Mayat kedua-dua beradik itu dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya

"Operasi berkenaan tamat pukul 3.20 petang," katanya. - K! ONLINE