Perintah reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini sebentar tadi.

Dua beradik tersebut iaitu masing-masing lelaki dan perempuan berusia 36 dan 39 tahun sebelum ini direman selama empat hari yang tempohnya tamat hari ini.

Semalam, ibu mereka yang berusia 60 tahun turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lalu, seorang pembantu rumah yang berasal dari Medan di Indonesia, Adelina Lisao, 26, mati disyaki akibat didera di rumah mereka di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini. - K! ONLINE