Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V telah menitahkan agar peruntukkan perbelanjaan bagi kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Manakala acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018," katanya. - Bernama