Mahathir memaklumkan perkara itu dalam catatan melalui akaun Twitter rasmi beliau dengan berkata, "kami telah bertukar-tukar idea yang cukup bermanfaat tentang pelbagai subjek".

Pertemuan selama kira-kira sejam mulai pukul 9 pagi itu berlangsung di pejabat Mahathir di Putrajaya.

Ma dijadual merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South di sini lewat hari ini.

Beliau juga dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada satu majlis jamuan tidak rasmi malam tadi. - Bernama