Tertuduh, M. Jaga Murugan, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Jaga Murugan didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas A. Sheela, 47, dengan menggunakan sebuah komputer riba k di sebuah rumah di Taman Pertam Jaya di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 10 Jun lalu. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau sebatan atau denda atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi manakala tertuduh diwakili oleh peguam, N. Sivanesan. - K! ONLINE